wajek
Pulut Kacau Resepi Bonda Bahan-bahan 2 kilo pulut 1 kilo gula merah 1 kilo santan 1 senduk besar gula putih (boleh adjust rasanya) 1 sudu makan garam (boleh adjust rasanya) Daun pandan (utk wangi) Daun pisang (utk alas dan ratakan pulut) Cara Memasak 1. Rendam pulut semalaman. Keesokan paginya bolehlah dikukus sehingga lembut.. Renjis-renjiskan sedikit air untuk melembutkan pulut ketika proses mengukus... (alaskan periuk kukus dengan daun pisang atau daun pandan untuk mengelakkan pulut jatuh melalui lubang pengukus).. 2. Masakkan gula merah dan santan dengan api yang perlahan sehingga pekat. Letakkan bersama daun pandan, gula putih dan garam.. Boleh rasa mengikut selera masing-masing. 3. Setelah air gula betul-betul pekat dan mengelegak atau berbuih-buih... Masukkan pulut. Kacau dan gaul rata pulut dan air gula sehingga kering dan berkilat. (kena kacau tanpa henti supaya pulut tidak berkerak atau melekat pada permukaan kuali). Sebab tu ada yang namakannya #pulutKacau 4. Bila sudah yaki...